Busy sgt ke?…
Nak kate busy x jugak but busyla jugak huhu…mmg bulan ni aku kelam kabut sket. Duit xde keje xde mau x kelam kabut nak xnak kena jugak carik keje huhu mane bley idop kalu xde duit skrg ni… Read the rest of this entry »
Nak kate busy x jugak but busyla jugak huhu…mmg bulan ni aku kelam kabut sket. Duit xde keje xde mau x kelam kabut nak xnak kena jugak carik keje huhu mane bley idop kalu xde duit skrg ni… Read the rest of this entry »
Anak derhaka? Heuheu takut aku dgr bunyi tu… mau taknyer syurgakan di bawah tapak kaki ibu.
Teringat aku iklan hari raya petronas tahun bila tah tak ingat aku pasal burung murai tu…anak dia keep asking burung apertu ayah burung murai sampai baper kali tah but bapak dia dgn penuh sabar menjawab burung murai. Tapi bila dah besar bapak dia pulak tanya kat anak dia burung ape… 1st time dia jawab 2nd time pon jawab bila masok 3rd time jer dia dah naik angin haha…itulah serba sedikit tentang iklan tu yang mane pada aku amat tersentuh bila ditayangkan kat tv n kena pada masenya yerla nak raya mase tuh. Read the rest of this entry »
Nak gi mancing pon kena tgk time jugak jgn pakai blasah jer…nanti ikan tak dapat bising heuheu…Tapi
sepanjang pengalaman aku memancing ni mmg kita tak boleh nafikan itu aderla rezeki masing2 kalau ade alhamdullilah kalau takde mmg bukan rezeki kite ape nak buat but kenala pandai memilih mase yang sesuai moga2 lumayan hasil tangkapan :p
12/13/14/15/16hb hijrah:Bulan Penuh/Mengambang
1.Selat dan sungai
a)arus deras dan tinggi.
b)pasang lebih lama dari surut.
c)batu ladung 30 keatas.
d)tidak sesuai untuk memancing.
2.Laut pantai timur
a)arus mati yang panjang sebelah malam
b)surut yang sedang tapi pendek sebelah siang
c)air biasanya keruh sedikit.
d)sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.
19/20/21/22/23hb hijrah: Bulan separuh
1.Selat dan sungai
a)pasang kurang berarus dan surut yang sederhana
b)tempoh pasang & surut yang sama.
C)sangat sesuai memancing terutamanya 22 dan 23hb.
2.Laut pantai timur
a)pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
b)jangkamasa pasangsurut sama.
c)kadangkala air terlalu jernih dan berkaca
d)ikan sensitif pada penglihatan.
26/27/28/29/30/hb hijrah: Bulan gelap
1.Selat dan sungai
a)arus mulai besar dengan arus semakin laju
b)surut yang panjang diwaktu siang manakala pasang yang pendek.
c)air keruh terutamanya waktu surut
d)tidak sesuai memancing.
2.Laut pantai timur
a)arus pasang sederhana yang panjang sebelah siang
b)arus mati tapi pendek sebelah malam
c)air biasanya keruh sedikit.
d)sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.
5/6/7/8/9hb hijrah: Bulan Separuh
1.Selat dan sungai
a)surut kurang berarus dan pasang yang sederhana
b)tempoh pasang & surut yang sama.
C)sangat sesuai memancing terutamanya 8 dan 9hb.
2.Laut pantai timur
a)pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
b)jangkamasa pasangsurut sama.
c)air tidak terlalu jernih dan sesuai untuk memancing.
d)ikan sensitif pada penglihatan.
So kesimpulannya pandai2la pilih time yang sesuai untuk pergi memancing ekk…
Huhu cun enset ni…boleh dikatakan semua fungsi multimedia ada kat enset ni. Skrin OLED 2.6 inci lgtuh. Kamera dia pon boleh tahan Carl Zeiss 5megapiksel, bluetooth, wifi, HSDPA 3.5G, radio Fm semua adela dan yang bestnyer game ngage pon boleh main haha…
Harga dia pon boleh tahan jugak tp tak sampai 2k la dalam rm1800 boleh dapat kot. Enset ni one of my dream ensetla maybe aku angkat but tggu harge dia turun sket haha budjet tak cukopla katakan…Nak review lebih detail bleh gie kat sini
What a beutiful creature!!!
Yeah ikan ni mmg antara spesis ikan yg berjaya menarik perhatian aku mmg lawa giler haha…Semenjak aku berhijrah balik ke kg ini la antara hobi utama aku bela ikan heuheu ape lg nak buat bosan giler dok kat kg…
Starting aku bela ikan kaloi sekarang ni ade 3 ekor ikan kaloi haha…dekat setahun lebey jugakla aku dah bela tp lama2 aku bosan dgn ikan kaloi bile aku ternampak ikan kelisa ni :p Biasela manusia ni pantang nampak benda cantek sket kohkoh…
1st experience aku bela kelisa biase dlm rm30 tak sampai 2 bulan mati sedey aku….sobsob…aku tak tau pasal ape maybe air dia tak sesuai kot. After that aku buat research sket pasal arowana ni macam2la n finally aku beli jugak sekor Banjar red arowana. Maklumla nak beli yg cantek mahal sangat sampai beribu ribant mane aku nak cekau duit tp takpe aku bela dulu yang ni buat experiment. So far so good allhamdullilah…
Insyallah one day nanti aku nak bela gak RTG ni…tp buat mase ni lepak dulu bela dulu banjar red aku tu lagi pon akuarium tak mencukupi haha. Ikan kelisa ni bukan boleh campor2 dengan ikan lain abes semua dia baham nanti macam ikan buaya aku. Sedey ikan buaya aku mati dah besar plak tu ade dlm 15 inci sob sob…
Enoughla wei…yang sudah tu sudahla huhu
…ingat lagi aku itula motto headmaster aku mase aku skolah kat muar dulu. Mmg aku respect giler kat guru besar aku tu ahaks… tiap2 kali masa perhimpunan kalau ade masalah displin lepas dia punish bdk2 yg terjal tu mesti dia bgtau yang sudah tu sudah dan motto tu terus masok kat dalam kepala otak aku…yg aku paham maksud dia perkara yang telah berlaku tu janganla nak dikenangkan lg yerla benda dah berlaku bukannyer boleh nak rewind balik macam keset lame tu yertak…hehe
Tpkan walaupon aku paham akan maksud dia aku still tak boleh nak relatekan dengan masalah aku. Aku still tak boleh nak lupakan perkara bodoh yang telah aku buat tu…walaupon aku tau aku tak boleh nak betulkan lagi…walaupon aku tau history yang lepas boleh jadikan pengajaran but still aku tak dapat nak lupakan dan yang paling bodohnyer aku tak buat apa2 pon…aku buat bodo jer dahla xde inisiatif nak baiki diri makin terok jadinyer aderla aku rase…Why why why!!!
Kadang-kadang aku termenung sejenak memikirkan masa depan aku yg tak tentu
hala ni. Aku takde kerja tetap hari-hari dok depan laptop berejam-jam lamanyer…bila aku lapar barula sibuk carik makanan kat dapor pastu sambong balik dok depan laptop sampaila ke pagi bila mata aku dah btol-btol tak larat barula aku tdor. Kadang-kadang aku pon tak tau ape yang aku buat masa berlalu terlalu pantas sampaikan aku tak perasan yang sebenarnya aku tak buat satu ape pon yang berfaedah…Dalam hati aku memang dah memberontak kepala aku sakit giler kalau memikirkan ape benda sebenarnya yang aku buat selama ini… Nak kata pandai tak pandai nak kata bodo pon tidak…haizz apa nak jadi pon aku tak taula.Umur aku dah lanjut duit pon tak ade macamanela aku nak menamatkan zaman bujang aku ni heuheu. Sampai sekarang ni aku masih lagi tercarik-carik lagi apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup ni. Memang aku ni manusia yang tak mengenang budila…Allah dah berikan aku bermacam-macam tp aku still tak mengenang budi…aku malu dengan diri aku sendiri tak tau mana nak tunjuk muka ni sebab itula aku tiap-tiap hari duduk dalam bilik mengadap laptop buruk aku ni…Tak sanggup nak tunjukkan diriku pada org termasukla keluarga aku sendiri…Ya Allah ko ampunkanla dosaku ini dan berila aku peluang untuk aku memperbetolkan diriku ini supaya kembali ke jalan yang benar…Insyallah